BAGAN DATUK 6 Nov — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam berkumpul bersama-sama ribuan yang hadir bagi meraikan hari yang penuh bermakna dan penuh kegembiraan, perayaan hari Deepavali dengan penuh semangat muhibbah dan persaudaraan di Bagan Datuk.
Walaupun perayaan Deepavali akan berlangsung 12 Nov ini, pastinya Majlis Santunan Kasih Deepavali ini juga dapat membina dan mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat di sini .