Kumpulan Pertama MALBATT 850-11 Ke Lubnan
![](https://umno-online.my/wp-content/uploads/2023/11/396254273_876227470518066_2962918494640577995_n.jpg)
SUBANG 3 Nov – Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Haji Hasan hadir ke Majlis Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Penyerahan Bendera Malaysia serta Penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-11 Ke Lubnan di Pangkalan Udara Subang semalam.
Seramai 854 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Kolonel Burhan bin Sagoni selaku Komander MALBATT 850-11 termasuk 3 pegawai dan 27 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) akan memulakan misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) yang akan diaturgerakkan ke Lubnan secara berperingkat bermula semalam.