KUALA LUMPUR 1 Nov–Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merasmikan Persidangan Pasaran Kerja Graduan (PPKG) 2023 di sini hari ini.
Persidangan ini merupakan langkah signifikan bagi menyediakan pentas perbincangan pintar dalam kalangan akademia, pakar di IPT dan para industri, khususnya dalam membicarakan tema utama persidangan, iaitu ‘Mendepani Pasaran Kerja Masa Hadapan’.