Berkenan Berangkat Ke Majlis Santapan Tengahari

MELAKA 1 Nov– Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli berkenan berangkat ke Majlis Santapan Tengahari di Istana Melaka sempena menghadiri Festival Warisan dan Pelancongan Melaka-Pahang 2023. Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Melaka TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali  Mohd Rustam, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim  Durum.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.