Syabas Penerangan UMNO Sabah, Galas Tugas Berat Demi Perkukuh Perjuangan Parti – Sharif Musa

KOTA KINABALU, 30 Okt – Penerangan UMNO khususnya di Sabah mempunyai tugas yang amat berat untuk memastikan sokongan dan dukungan terhadap parti bukan hanya dari kalangan ahli tetapi juga meliputi rakyat keseluruhan.

Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul berkata, hari ini tugas penerangan UMNO bukan hanya kepada ahli-ahlinya tetapi juga terhadap dasar ‘Sabah Baharu’.

“Gerak kerja ke arah memenangi pilihan raya perlu disusun dan dilaksanakan dengan kemas dan rapi. Jentera pilihan raya UMNO di setiap peringkat dan sayap parti telah pun bersedia.

“Kita teruskan keyakinan dan tetap berusaha kerana perjuangan UMNO ialah perjuangan yang benar dan mulia. Inilah masanya untuk kita mengukuhkan barisan yang ada demi memastikan masa depan rakyat Sabah terjamin,” katanya.

Terdahulu beliau mengucapkan syabas kepada jentera penerangan UMNO Sabah yang telah berjaya mengadakan pemukiman di peringkat negeri terbabit.

“Alhamdulillah! Tahniah YB (Yang Berhormat) Datuk Suhaimi Haji Nasir sebagai Ketua Penerangan UMNO Sabah; Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Samasuddin Yusop serta seluruh ahli jawatankuasa perlaksana atas penganjuran ‘Retreat Penerangan UMNO Negeri Sabah’.

“Sebagai Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Wanita UMNO Bahagian Lahad Datu, Puan Royanie Rafael yang turut hadir, dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Lahad Datu, Ketua Penerangan Wanita, Pemuda dan Puteri yang mengambil bahagian.

“Teruskan perjuangan dan laksanakan amanah bagi memastikan UMNO kembali kuat, tolak manipulasi dengan fakta yang kukuh dan marilah kita nyatakan info-info jelas terhadap perjuangan kita yang sebenar,” katanya lagi.

Terdahulu, Penerangan UMNO Sabah telah terlibat dalam retreat yang berlangsung selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Oktober dengan pelbagai program antaranya Sesi Townhall Penerangan. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.