PUTRAJAYA 19 Okt–Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima Kunjungan Hormat daripada Majlis Dekan Perakaunan Malaysia, Association of Malay Chartered Accountant Firms (AMCAF) dan Malaysian Accounting Firms Association (MAFA).
Pertemuan ini bagi tujuan mendengar pencerahan berkaitan keadaan dan landskap perakaunan semasa dari sudut sektor pendidikan tinggi negara. Pelbagai perkara yang telah dibincangkan termasuklah cabaran yang dihadapi.