MELAKA 17 Okt–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh merasmikan Majlis Pecah Tanah Koa Denko Malaysia Sdn Bhd di Ayer Keroh Eco Park.
Majlis pecah tanah bagi pengembangan fasa kedua kilang dengan nilai pelaburan berjumlah RM1 bilion ini cukup signifikan terhadap salah satu syarikat elektrik dan elektronik terbesar dunia ini yang sudah bertapak selama 50 tahun di Negeri Melaka.