Pengkalan Data Tepat Jayakan Pelaksanaan Kerajaan Kepada Kumpulan Sasar – Johari

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyambut baik keputusan kerajaan melepaskan harga ayam dan telur daripada dasar kawalan harga sementara yang dilaksanakan sejak tahun lepas.

Menurut beliau yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, dasar yang memberi pasaran tempatan untuk berfungsi dengan bebas akan membantu kedudukan ‘Food Security’ negara dari segi bekalan yang mencukupi untuk ayam dan telur dalam negara.

“Kita tidak boleh lagi buat benda macam dahulu, sebab dunia bertukar. Kita dahulu tidak pernah tengok negara-negara pengeluar beras, jagung, ‘soya bean milk’ dan banyak lagi termasuklah gula tepung… mereka hari ini lebih kepada konsep ‘protectionism’… jadi kalau mereka buat perkara ini dan dalam negara kita tidak cukup, kemudian kita sekat dan kita letak harga siling yang tidak munasabah akhirnya peniaga-peniaga dan mereka yang terlibat dalam industri-industri ini tidak akan mahu meneruskan perniagaan mereka kerana mereka merasakan setiap kali mereka buat mereka rugi.

“Walaupun kita berikan subsidi sebahagian daripada mereka, tetapi subsidi ini kadang-kadang tidak sampai kepada pengusaha dan pemain industri kerana ada ‘leakages’… jadi sebab itu dalam soal ini kita kena pastikan…, dan saya nak cadangkan bahawa hari ini kalau kita nak buat apa-apa pun kita kena pastikan bahawa kita mempunyai data yang tepat,” katanya ketika sesi perbahasan RUU Perbekalan Belanjawan 2024, di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya lagi jika bercakap soal pendapatan seisi rumah, pengkalan data mestilah lengkap agar usaha dan pelaksanaan kerajaan kelak benar-benar mencapai sasaran.

“Kalau kita cerita soal ‘household’ kita mesti ada maklumat itu dengan tepat. Barulah kita sasarkan kita punya subsidi ini melalui ‘cash transfer’…. kerana dengan ‘cash transfer’ sahaja tidak ada orang boleh ‘manipulate’ macam-macam. Jadi harga di pasaran kita ‘adjust’… siling kita ‘adjust’ mengikut harga pasaran.

“Contoh kalau hari ini kita tengok harga jagung USD400 pertan tetapi apabila meningkat menjadi USD800 macam mana kita ‘adjust’ harga siling. Begitu juga ‘soya bean milk’ kalau dia meningkat USD800 pertan sekarang sudah jadi USD1900 pertan kita ‘adjust siling prizes’ Kemudian lepas enam bulan harga itu jatuh balik kepada harga asal maka siling juga akan kita ‘adjust’.

“Tetapi masa kita meningkatkan… apabila kita beri ‘houshold’ yang terjejas B40 dan sebagainya maka kita bagi  mereka ‘cash transfer’. Dengan ‘cash transfer’ industri kita akan terus berkembang kerana ianya mempunyai keuntungan dalam perniagaan mereka,” tambahnya.

Tambahnya lagi, harga ayam dan telur kini kembali stabil apabila harga makanan ayam seperti jagung dan kacang soya dunia kini kembali menurun daripada meningkat setinggi USD827 bagi jagung kini menurun kepada USD494 dan juga harga kacang soya dunia yang pernah meningkat kepada USD1,750 tahun lepas kini turun kepada USD1,282.

“Jadi apa yang saya ingin tekankan selalunya kita punya reaksi ini menyebabkan industri tergugat.Kalaulah dua komoditi ini meningkat dengan begitu mendadak, apa yang perlu kita ‘adjust’ ialah kerajaan akan menyukat peningkatan siling itu. Jadi konsep ini dapat dua kebaikan.

“Satu ialah kita pastikan bahawa rakyat B40, miskin, miskin tegar dan sebagainya tidak terjejas kerana kerajaan membantu melalui ‘cash transfer’ manakala industri yang terlibat dalam perniagaan-perniagaan ini tidak terjejas, tidak tutup kemudian terus untung, kerajaan dapat cukai, kemudian pekerja tidak diberhentikan maka impak kerajaan akan lebih besar kalau dibanding kita cuba kontrol harga dan kita beri subsidi pukal tetapi tidak sampai kepada sasaran,” ujarnya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.