UMNO Rakam Takziah, Bapa Noraini Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan dan ahli-ahli UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad atas kepulangan ke rahmatullah bapa beliau, Allahyarham Tuan Haji Ahmad Rais.

“Menerima perkhabaran duka pemergian, bapa kepada Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Ketua Wanita UMNO Malaysia merangkap Pengerusi RISDA.

“Semoga Allah SWT merahmati dan mengurniakan maghfirah serta menempatkan arwah dalam kalangan insan yang soleh dan beroleh jannah. Al-Fatihah,” kata Ahmad Zahid menerusi hantaran dalam laman Facebooknya.

Didoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit