Bersalawat Pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul

PUTRAJAYA, 28 Sept — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah berkenan bersalawat pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Turut kelihatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (empat, kanan) dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (dua, kanan), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (lima, kiri), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (kanan), Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu (empat, kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (tiga, kiri).

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.