Lawat Tapak Kajian Penuaian Padi

JASIN, 27 Sept — Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr Muhamad Akmal Saleh (lima, kanan) bergambar selepas mengadakan lawatan di tapak kajian Penuaian Padi Projek Penyelidikan Pakej Agronomi Padi Varieti MR297 di Kampung Tanjong Pinang, Sempang hari ini.
Hadir sama Pengarah Pusat Penyelidikan Padi dan Beras Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Dr Mohd Syaifudin Abdul Rahman (tiga, kanan).
Kerajaan negeri bercadang untuk mengusahakan 36 hektar sawah di Sempang di sini bagi projek perintis penghasilan benih varieti padi MR297 untuk menampung bekalan petani di Melaka. Foto–BERNAMA

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.