KUALA TERENGGANU, 26 Sept — Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (dua, kanan) bersama peguam Datuk Hafarizam Harun yang mewakili pempetisyen selepas keputusan Petisyen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Kemaman di Mahkamah Kuala Terengganu, hari ini.
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu hari ini membatalkan kemenangan Che Alias Hamid yang mewakili PAS pada PRU15.
Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis berkata pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15. Foto–UTUSAN