Pusat Penamaan Calon PRK Pelangai Dibuka 9 Pagi Ini

BENTONG, 23 Sept (Bernama) — Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul dibuka pada 9 pagi ini.

Tempoh proses penamaan calon adalah selama sejam hingga 10 pagi sebelum calon yang layak bertanding diumumkan Pegawai Pengurus PRK Datuk Mohammad Shahid Ismail.

PRK Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 7 Okt ini manakala 3 Okt sebagai tarikh pengundian awal. – BERNAMA

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit