BERA, 23 Sept — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan menandatangani plak perasmian Jambatan Guai hari ini.
Seri Paduka kemudiannya berkenan memasyurkan jambatan tersebut dengan nama Jambatan Al-Sultan Abdullah.
Turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (dua, kiri).
Turut kelihatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kanan) dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.