GEORGE TOWN, 4 Sept — Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua,kanan) melawat Makmal Oppstar Technology Sdn Berhad di Sains@USM, Persiaran Bukit Jambul, Bayan Lepas di sini hari ini.
USM melalui Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik telah bekerjsama dengan Syariikat Oppstar Berhad untuk memperkenalkan insiatif program yang dikenali sebagai ‘Industry-Infused Program (IIP)’.
Oppstar Berhad merupakan salah satu dari syarikat inkubator di Sains@USM yang menjadi syarikat perintis di Malaysia memulakan IC design incubation program di universiti dan USM merupakan universiti pertama yang memulakan inisiatif ini.