PUTRAJAYA, 31 Ogos — Perarakan kontinjen mewarnai acara perbarisan dan perarakan pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 yang bertemakan “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” di Dataran Putrajaya hari ini.
Sebanyak 10 komponen kontinjen menyertai acara perbarisan dan perarakan pada 31 Ogos iaitu Kenegaraan, Perpaduan Malaysia MADANI, Ekonomi, Perbankan, Telekomunikasi, Industri Kreatif, Komuniti, Sukan Negara, Kesejahteraan dan Keselamatan Negara.