Onn Hafiz Iringi Nazri Ke Pusat Penamaan Calon

BAKRi, 26 Ogos – Gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi memilih Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Muar, bermula hari ini, di dua pusat penamaan calon.

Proses penamaan calon yang bermula pada jam 9 hingga 10 pagi diadakan di Dewan Jubli IntanSultan Ibrahim Muar bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.


Bagi kerusi DUN Simpang Jeram diwakili oleh Timbalan Ketua Amanah kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Onn Hafiz bersama calon DUN Jeram Nazri Abdul Rahman diiringi kira-kira lebih 1,000 penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Menteri Besar Johor bersama calon serta penyokong telah berkumpul di Pejabat Bangunan UMNO bahagian Bakri semenjak 8 pagi tadi.

 

Hadir sama, Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa, Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan  Timbalan Presiden Amanah, Adly Zahari.

Berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hanya calon, pencadang dan penyokong calon dibenar masuk ke pusat penamaan calon.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan pengundian awal pada 5 September, manakala 9 September sebagai hari pengundian.

Proses pemilihan wakil rakyat baharu di Simpang Jeram melibatkan 40,379 pengundi dengan Daftar Pemilih Pilihan Raya terkini yang akan digunakan adalah sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan April Tahun 2023 yang dikemas kini hingga 23 Julai

PRK berkenaan diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P161 Pulai dan DUN N13 Simpang Jeram berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.