Program Mesra Rakyat

KOTA TINGGI 25 Ogos – Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hadir merasmikan Program Mesra Rakyat & Pelepasan Benih Ketam Nipah Bersama Komuniti Sedili Kecil, Kota Tinggi anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Program hari ini merupakan satu lagi inisiatif ‘pemindahan ilmu’ yang dijayakan oleh universiti bagi tujuan membangun dan mengupayakan masyarakat Kota Tinggi selain melahirkan individu yang cerdik dan berpengetahuan, universiti berperanan dalam memimpin masyarakat untuk keluar dari kemiskinan. Salah satunya adalah dengan ‘merakyatkan ilmu’.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.