Menyerahkan Notis Pengisytiharaan Kekosongan Kerusi DUN Pelangai

KUANTAN, 21 Ogos — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin (tengah) menyerahkan notis pengisytiharaan kekosongan kerusi DUN Pelangai kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang Datuk Zamree Hamli (dua, kanan) di Wisma Sri Pahang, di sini.
Turut hadir (dari kiri) Setiausaha Bahagian DUN dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang, Mohd Zukri Sidek, Timbalan Speaker Speaker DUN Pahang Lee Chin Chen,
dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Zulkifli Yaacob.
Penyerahan notis tersebut susulan kematian penyandang kerusi DUN Pelangai, Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, Khamis lepas.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.