PUTRAJAYA 17 Ogos–Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif dari 3 Koridor Wilayah Pembangunan Ekonomi dalam Sesi Taklimat Khas Hala Tuju Pembangunan Wilayah di sini hari ini. Pada hari ini, Agensi Koridor Wilayah Pembangunan Ekonomi utama iaitu ECERDC (Johor Timur – Pahang – Terengganu – Kelantan), IRDA (Wilayah Iskandar Malaysia) dan NCIA (Perak – Pulau Pinang – Kedah – Perlis) telah membentangkan perancangan ekonomi masing-masing termasuk hala tuju baharu pembangunan wilayah untuk diangkat kepada YAB Perdana Menteri dalam masa terdekat.