Bawa Suara Rakyat Perlu Diutama, Berani Berubah Jika Tidak Mahu UMNO Dilupakan – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Mohd Akmal Salleh berkata bahawa ramai yang bercakap mengenai kekalahan UMNO yang besar berbanding dengan kemenangan besar parti lain.

Maksud kata beliau, ramai yang masih sayangkan UMNO tetapi tidak percaya pada UMNO.

“Tugas pemimpin UMNO kali ini adalah untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO.

“Membawa suara rakyat perlu diutamakan bukan suara pemimpin. Berani untuk berubah,jika kita tidak mahu UMNO terus dilupakan,” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebooknya.

Keputusan PRN bagi keenam-enam negeri semalam memperlihatkan gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) mengekalkan tiga negeri sedia ada iaitu Pulau Pinang, Selangor dan juga Negeri Sembilan, manakala Perikatan Nasional (PN) turut kekal bertahan di tiga negeri lagi iaitu Kedah, Terengganu dan juga Kelantan. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.