Tok Mat Tepati Ramalan Menang Di Rantau
SEREMBAN, 12 Ogos – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Pertahanan menepati ramalan apabila mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dengan majoriti 10,280 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, hari ini.
Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Timbalan Presiden UMNO itu memperoleh 16,957 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau Rozmal Malakan yang mendapat 6,677 undi.
Ahli Parlimen Rembau itu yang pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dari tahun 2004 hingga 2018 merupakan penyandang kerusi DUN Rantau sejak 2004. – BERNAMA