PRN Di Enam Negeri, Kerjasama PH-BN Semakin Mantap – Bung Moktar

CHERAS, 5 Ogos – Kerjasama gabungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di bawah Kerajaan Perpaduan yang kali pertama bersama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin baik.

Pengerusi BN Sabah Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata ini dapat dilihat menerusi komitmen pada gerak kerja kempen PH-BN bagi memenangkan calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan.

“PRN ini merupakan medan ujian dan permulaan untuk melihat sejauh mana kesefahaman gabungan PH-BN. Kesepakatan ini apabila dapat direalisasikan pada PRN ini sudah tentu Kerajaan Perpaduan ini dapat diteruskan untuk tahun seterusnya.

“Rakyat tidak mahu kerajaan yang tidak stabil disebabkan apabila kerajaan stabil, ekonomi dapat dibangunkan, pelabur datang, keyakinan tinggi… maka banyak peluang pekerjaan, banyak impak positif boleh dinikmati oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Ceramah Perdana di Taman Cheras Perdana dekat sini, malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata hakikatnya amat penting kerajaan ini perlu distabilkan politiknya untuk menstabilkan ekonomi negara dan ini menjadi keutamaan kepada Kerajaan Perpaduan. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.