Pelancaran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bergambar bersama ketika menghadiri Program Pelancaran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang diadakan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.
Turut sama Pengerusi RISDA Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Program TVET Khas Wanita adalah salah satu inisiatif kerajaan bagi meningkatkan ekonomi wanita.
Penubuhan Akademik TVET Wanita (Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement (JELITA) akan dapat melahirkan lebih ramai wanita yang bekerjaya, profesional dan berdaya saing.s;