Menyaksikan Pertukaran Memorandum Persefahaman

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman antara UCAM yang diwakili Naib Canselor UCAM Faizatul Akmar Datuk Hisan (tiga, kiri) dan UTEM diwakili Naib Canselor UTEM Professor Dr Massila Kamalrudin ketika menghadiri Program Pelancaran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.
Turut sama Pengerusi RISDA Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (kiri).
Program TVET Khas Wanita adalah salah satu inisiatif kerajaan bagi meningkatkan ekonomi wanita.
Penubuhan Akademik TVET Wanita (Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement (JELITA) akan dapat melahirkan lebih ramai wanita yang bekerjaya, profesional dan berdaya saing.

 

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79