PRN 2023: Tiada Pilihan, BN Mesti Menang
SABTU lalu setelah selesai proses penamaan calon, maka sah lah calon-calon yang bertanding di enam pilihan raya negeri (PRN) iaitu di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.
Barisan Nasional (BN) akan bertanding di 12 kerusi di Selangor, enam kerusi di Pulau Pinang, 14 kerusi di Kedah, 32 kerusi di Kelantan, 27 kerusi di Terengganu dan 16 kerusi di Negeri Sembilan. Secara keseluruhan, BN menyertai pilihan raya negeri kali ini dengan 107 calon.
Selain daripada memastikan kemenangan di kerusi-kerusi yang ditandingi, BN juga perlu memperlihatkan kesediaan menyokong calon-calon dari Pakatan Harapan (PH) di kerusi-kerusi yang mereka tandingi.
Tidak dapat dinafikan bahawa kekalahan demi kekalahan BN di dua PRU sebelum ini telah memberi pengajaran yang mendalam. Kekuatan BN hampir lumpuh dan sokongan kepada parti-parti komponen UMNO, MIC dan MCA telah berkurangan dari para pengundi. GERAKAN juga telah meninggalkan BN.
Namun, dalam keadaan yang mencabar ini, kita baru dapat mengenali siapa yang sebenarnya kawan sejati. MCA dan MIC tetap setia bersama dalam suka dan duka, dan rakan-rakan sekutu di Malaysia Timur juga tidak meninggalkan kita.
Ketika kita sedang bergelut dengan kekalahan, Allah swt telah mentakdirkan BN berada dalam kerajaan sekali lagi. Walaupun pada awalnya UMNO dan BN telah bersedia untuk menjadi pembangkang untuk penggal kedua, tetapi demi menjunjung titah Yang Di Pertuan Agong dan memikirkan kepentingan rakyat, BN bersetuju untuk menjadi sebahagian dari kerajaan perpaduan bersama PH.
Setelah itu, rakan-rakan sekutu BN di Sabah dan Sarawak juga menyertai kerjasama kerajaan perpaduan, membentuk sebuah kerajaan majoriti 2/3.
Kita perlu memahami bahawa kita bukan menjadi kerajaan atas kekuatan diri sendiri. Penyokong BN dan UMNO juga harus menyedari bahawa BN tidak menjadi kerajaan kerana mendapat mandat majoriti rakyat.
Kita perlu mengakui dengan jujur dan menelan kenyataan pahit bahawa kita telah kalah dan gagal.
Oleh itu, di PRN kali ini, BN tidak dapat mengelak daripada menjadi tumpuan kerana seluruh komuniti politik mahu melihat sejauh mana kita mampu untuk menyumbang kejayaan.
Sebagai contoh, di Selangor, BN bertanding di 12 kerusi berbanding hanya 5 kerusi yang dimenangi sebelum ini (Kerusi Semenyih dimenangi ketika PRK 2019), jumlah ini lebih dua kali ganda daripada apa yang kita menangi dulu.
Di Pulau Pinang pula, BN bertanding di enam kerusi berbanding dua kerusi yang dimenangi sebelum ini. Jumlah ini tiga kali ganda daripada apa yang pernah dimenangi oleh BN di PRU14.
Pastinya PH yang memberikan kerusi-kerusi itu mahu melihat pengorbanan mereka membuahkan hasil yang baik dan menyumbang dalam mengekalkan ๐ด๐ถ๐ฑ๐ฆ๐ณ ๐ฎ๐ข๐ซ๐ฐ๐ณ๐ช๐ต๐บ mereka sebelum ini.
Yaโฆ benar, perubahan kerajaan di PRN ini tidak akan mengubah kedudukan kerusi Dewan Rakyat.
Jika BN kalah di kerusi-kerusi yang diberikan, BN tidak akan terkubur. PH masih boleh membentuk kerajaan tetapi apakah yang akan berlaku kepada BN?
BN akan dilihat sebagai parti yang hanya menumpang kejayaan. Bekerjasama dengan BN hanya akan dianggap sebagai menyokong tanpa memberikan manfaat apa-apa kepada rakan-rakan gabungan.
Pastinya akan ada suara-suara sumbang yang akan membangkitkan perkara ini sepanjang kerajaan perpaduan ini diteruskan. Kita juga akan kehilangan kepercayaan rakan-rakan sekutu kita di Sabah serta Sarawak.
Hidup sebegitu adalah lebih teruk dari mati terkubur.
Jadi BN tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk menang di PRN kali ini. Jika kita masih mahu melihat UMNO dan BN terus relevan dan tidak dipandang enteng di kalangan rakan-rakan gabungan kita dalam Kerajaan Perpaduan, menang adalah satu-satunya pilihan.
BN perlu menambah baik strategi kerja yang ada dan berani untuk melabur dana kepada gerak kerja baharu seperti media sosial dan media digital.
BN perlu berhenti bertikai sesama sendiri dan fokus untuk mencapai kemenangan.
BN juga perlu belajar dari gerak kerja rakan-rakan kita dalam PH. Bagaimana mereka menggerakkan jentera dengan mengoptimumkan penggunaan dana serta bagaimana mereka menggunakan data raya untuk mencapai kemenangan.
Kita sudah tidak mempunyai pilihan, wisel permulaan sudah ditiupkan dan kita sudah berada dalam perlumbaan ini untuk sampai ke garisan penamat. Satu-satunya keputusan yang kita mahu capai pada 12 Ogos nanti adalah KEMENANGAN.
Oleh itu, ingatlah pesanan dari Pengasas UMNO, Dato Onn Bin Jaafar;
โ๐๐ฆ๐ณ๐ด๐ข๐ต๐ถ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฌ๐ช๐ต๐ข ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ข๐จ๐ข๐ช๐ฎ๐ข๐ฏ๐ข ๐ฌ๐ช๐ต๐ข ๐ฃ๐ฆ๐ญ๐ถ๐ฎ ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ฏ๐ข๐ฉ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ด๐ข๐ต๐ถ ๐ฅ๐ข๐ฉ๐ถ๐ญ๐ถ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ถ๐ด๐ข๐ฉ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฌ๐ช๐ต๐ข ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ข๐จ๐ข๐ช๐ฎ๐ข๐ฏ๐ข ๐ฌ๐ช๐ต๐ข ๐ฃ๐ฆ๐ญ๐ถ๐ฎ ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ฏ๐ข๐ฉ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ถ๐ด๐ข๐ฉ๐ขโ
Salam Perjuangan,
๐ ๐ข๐๐ ๐ฆ๐๐จ๐๐ฅ๐ฌ ๐๐๐ก ๐ฅ๐ข๐ฆ๐๐๐ก
Penulis ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐๐ฆ๐ต๐ถ๐ข ๐๐ฆ๐ฏ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐๐๐๐ ๐๐ข๐ฉ๐ข๐จ๐ช๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ญ๐ข๐บ๐ข๐ฏ๐จ. ๐๐ข๐ฏ๐ต๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ๐ณ๐ข๐ฎ๐ข๐ฉ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฏ๐ข๐จ๐ข ๐๐ฆ๐ฏ๐จ๐จ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฌ ๐๐ช๐ณ๐ฐ ๐๐ข๐ต๐ข๐ฏ๐ฆ๐จ๐ข๐ณ๐ข. ๐๐ฌ๐ต๐ช๐ท๐ช๐ด ๐ด๐ฆ๐ณ๐ต๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ๐ณ๐ข๐ฎ๐ข๐ฉ ๐ฃ๐ฆ๐ฃ๐ข๐ด ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ญ๐ช๐ต๐ฆ๐ณ๐ข๐ด๐ช ๐ฑ๐ฐ๐ญ๐ช๐ต๐ช๐ฌ, ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ญ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐จ๐ข๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฏ๐ข๐ด๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ญ๐ช๐ด๐ฎ๐ฆ