KOTA DAMANSARA, 31 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh bergambar bersama jentera Pemuda Barisan Nasional semasa menghadiri Pentas Geng Perpaduan yang diadakan di The Strand Kota Damansara. Pentas Geng Perpaduan menjadi platform baharu buat pergerakan pemuda parti-parti gabungan Kerajaan Perpaduan dalam usaha meyakinkan para pengundi terutama kelompok pengundi automatik 18 tahun (Undi18) bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.