PUTRAJAYA, 31 Julai — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberi tabik hormat semasa Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan 2023 di Dataran Pahlawan hari ini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut kelihatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan enteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Sambutan Hari Pahlawan pada 31 Julai adalah antara usaha dan keprihatinan kerajaan dalam mengenang jasa-jasa perwira tanah air yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan ibu pertiwi.