PUTRAJAYA 28 Julai –Bendahari UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengadakan mesyuarat bersama-sama anggota bahagiannya, malam tadi bagi memperhalusi perancangan gerak kerja untuk turun padang selaku jentera bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor.