IPOH, 26 Julai — Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat pada Majlis Santapan Diraja sempena Perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan Ke-34 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) 2023 di sebuah hotel malam ini.
Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (tiga, kanan) serta Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh (empat,kanan).