Meraikan Para Pendidik

JELEBU 26 Julai–Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan merangkap Ahli Parlimen Jelebu Datuk Jalaludin Alias meraikan para pendidik di bawah petadbiran PPD Jelebu dan Jempol dalam Majlis Apresiasi Guru-Guru Daerah Jelebu & Jempol 2023.
Ramai guru di kedua-dua daerah ini menerima anugerah kecemerlangan mereka, sebagai tanda penghargaan jabatan terhadap daya juang dan jiwa pendidik yang sentiasa tersemat di nurani cikgu di sini.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.