IPOH 26 Julai–Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad melancarkan Kit Kesihatan Pergigian Murid di sini hari ini. Kerajaan Negeri Perak hari ini memperuntukkan dana sebanyak RM500,000 bagi menyediakan bekalan kit kesihatan pergigian untuk manfaat lebih 20,000 murid tahun 1 daripada keluarga B40 dan M40 seluruh negeri Perak melalui program Tuisyen Cikgu Saarani.