MUAR 22 JULAI — Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan lawatan ke Daerah Muar bersama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Mohd Jafni Md Shukor dan sempat turun ke Tapak Projek RMMJ Taman Pagoh Jaya.Projek RMMJ Taman Pagoh Jaya ini adalah antara sebahagian kecil daripada rancangan pembangunan perumahan Kerajaan Negeri yang komited untuk membina 30,000 lagi rumah mampu milik dalam tempoh 5 tahun.