BN/PH Dahulu Berlawan Sekarang Berkawan… Matlamat Menang PRN – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berpandangan dalam politik tentunya perubahan sudah pasti berlaku apatah lagi bagi memastikan keutamaan rakyat dan negara sebagaimana wujudnya Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, politik kini amat dinamik walaupun dahulunya berlawan tetapi sekarang ini berkawan.

“Itu adalah dunia politik dan adat berpolitik yang perlu disesuaikan dengan keadaan. Dahulu UMNO berlawan tapi sekarang kita berkawan tapi semuanya demi kepentingan dan masa hadapan rakyat.

“Sekarang kita dah berkawan dalam politik yang dinamakan Kerajaan Perpaduan iaitu antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dan sudah tentu mempunyai mekanisme bersama untuk masuk dalam pilihan raya dan menang. Saya yakin gabungan ini mempunyai cara dan kaedah tersendiri bagi merayu pengundi.

“Nampak pada peringkat awal susah untuk nak bergabung tapi semenjak itu kita dah semakin akrab dan serasi serta boleh buat kerja. Mula- mula di ‘level’ atas sahaja, kemudian ‘second layer’ dan sekarang dah pergi ke ‘third layer’. Insya-Allah untuk jentera pilihan raya nampak begitu baik,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Terap berkata pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah pasti semua pihak khususnya pengundi menjadi keutamaan.  

“Saya fikir yang paling penting bukan individu tapi ahli UMNO dan penyokong BN yang ada sekarang ini. Yang kita nak mereka yakin dengan parti UMNO/BN, kita bersungguh-sungguh untuk memenangkan calon.

“Setakat ni tak ada tokoh di negeri Kedah yang akan pergi menyeberang sebelah sana,” ujarnya lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.