Puteri UMNO Ke Kelantan, Perkemas Gerak Kerja Hadapi PRN

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia ke negeri Kelantan dalam memperkemas gerak kerja sayap parti ini bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), bulan depan.

Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi turut bersama bagi melakukan diskusi bersama jentera Puteri terutama melibatkan isu-isu semasa dihadapi rakyat di negeri ini.

“Satu sesi perjumpaan Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi bersama-sama Ketua Puteri UMNO bahagian-bahagian Negeri Kelantan.

“Antara topik utama yang dibincangkan adalah berkaitan dengan susun atur dan gerak kerja berkaitan PRN yang akan datang tidak lama lagi,” memetik satu hantaran di kongsi di Facebook Puteri UMNO.

Dalam pada itu, Nurul Amal turut sama berkesempatan bertemu dengan mahasiswi institusi pengajian tinggi (IPT) negeri Kelantan bagi sesi perbincangan bagi mendengar pandangan baharu mereka berkenaan dinamika politik hari ini.

Beliau turut sama merakamkan penghargaan kepada mahasiswi yang melapangkan masa dalam pertemuan tersebut. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.