KUALA LUMPUR, 12 Julai — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (enam, kanan) berkenan bergambar bersama penerima biasiswa selepas mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) di Istana Negara hari ini.
Seramai 11 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) menerima biasiswa yang membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di universiti tempatan dan luar negara. Foto–BERNAMA