PEKAN, 3 Julai — Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membantu Penuntut Doktor Falsafah (PHD) Fakulti Komputeran, Siti Hawa Apandi yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) menggunakan ‘Van Mobiliti’ dibangunkan oleh kumpulan penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) ketika melawat gerai pameran selepas menghadiri taklimat tertutup bersama barisan pengurusan tertinggi UMP di UMP Pekan di sini hari ini.
Turut kelihatan, Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman (kiri) dan Naib Canselor UMP, Prof Datuk Ts Dr Yuserrie Zainuddin (empat, kanan).