Resolusi Kongres Ekonomi Melayu Untuk Tingkatkan Negara Ke Arah Lebih Baik – Nurul Ashikin

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Naib Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan Nurul Ashikin Mohamad Rafi berpandangan resolusi Kongres Ekonomi Melayu yang bakal dianjurkan oleh pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO bermatlamat bagi meningkat ekonomi dan ke arah masa depan lebih baik.

Jelas beliau, resolusi berkenaan harus memikirkan untuk penambahbaikan pelan ekonomi bukan sahaja untuk anak muda malah menyeluruh.

“Resolusi Kongres Ekonomi Melayu yang bakal diwujudkan harus memikirkan pelan ekonomi bukan sahaja kepada anak-anak muda bahkan kepada seluruh segmen usia kaum Melayu.

“Pelan tersebut mestilah yang mampu untuk mencapai sesuatu pencapaian yang ‘tangible’. Bukan sekadar sebagai pemandu grab e-hailing sahaja bahkan keupayaan anak muda dibantu sehingga boleh mengendali dan menguasai syarikat-syarikat konglomerat yang besar.

“Ini dapat dilihat bagaimana usaha Dasar Ekonomi Baharu (DEB) sehingga Dasar Pembangunan Nasional (DPN) sebelum ini yang matlamat untuk penambahbaikan agenda ekonomi Melayu tidak pernah terkecuali daripada pemikiran pemimpin-pemimpin UMNO,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Persoalannya, kata beliau apakah pencapaian DEB dan DPN tersebut yang berakhir di tahun 2000 lantas ia perlu ada kesinambungan. 

“Apakah angka pencapaiannya? Adakah ianya hanya sekadar membantu mereka yang telah berjaya atau syarikat-syarikat konglomerat sahaja? Berapakah pencapaian equiti ekonomi Melayu di dalam negara sekarang? Kongres ini adalah jawapannya.” 

Tambahnya lagi pelbagai bentuk strategi, dasar, pelan dan sebagainya sangat diperlukan bagi menyelesaikan segala permasalahan.

“Sebenarnya… apa jua bentuk pendekatan, strategi, dasar, pelan, visi mahupun tekad yang cuba dicari adalah nilai kepimpinan untuk melaksanakannya dan boleh menyelesaikan segala permasalahan. Paling penting mempunyai integriti, telus dan tiada kepentingan peribadi.

“Sekiranya ekonomi ketaksamaan berterusan dan tidak diberikan perhatian maka ia akan menjejaskan ekonomi negara,” jelas beliau lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.