VIENTIANE, 26 Jun — Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) bersama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Laos Saleumxay Kommasith dalam mesyuarat bilateral yang diadakan di Kementerian Luar Laos hari ini.
Mesyuarat yang berlangsung selama satu jam itu diadakan menjelang lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Laos yang bermula hari ini.