KUANTAN, 14 Jun — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan cek berjumlah RM50,000 sumbangan kerajaan negeri kepada Mohd Farhan Mohd Sait (kanan) sebagai usaha mencukupkan dana bagi membeli ubat Genetik Zolgensma yang berharga RM9.42 juta yang mampu menyembuhkan penyakit adik Muhammad Athif Fahri Mohd Farhan atau Athif yang menghidap penyakit jarang jumpa iaitu Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Type 1 di rumahnya di Permatang Badak hari ini.
Turut sama ibu bayi tersebut Nur Azizah Zambri (dua, kanan).
Untuk rekod, jumlah bantuan terkumpul setakat ini sudah mencecah RM9.4 juta.