KUANTAN, 14 Jun — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melancarkan Bantuan Prihatin Pahang Kluster Orang Kurang Upaya (OKU) bagi tahun 2023, di Wisma Sri Pahang, Kuantan hari ini.
Sejumlah RM1.827 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri yang akan memberi manfaat 36,548 orang penerima yang tergolong daripada kategori Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) dan Pelajar Pendidikan Khas.