Ucapan Dasar Presiden UMNO Padat Misi Dan Visi Parti Untuk Masa Depan – Mohd Rafi

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 dianggap cukup berani malah padat dengan misi dan visi untuk masa depan.

Demikian pandangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berkaitan ucapan dasar oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam PAU2023 yang julung kali dilaksana selepas pemilihan UMNO Mac lalu.

Kata Mohd Rafi yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan, masyarakat umum perlu mengetahui berkaitan ucapan tersebut dan memahaminya.

“Setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada YAB Datuk Seri Presiden UMNO di atas intipati Ucapan Dasar presiden pagi tadi yang cukup berani, padat dengan misi dan visi parti untuk masa depan.

“Ini adalah demi memastikan parti yang membangunkan negara bangsa lebih separuh abad ini terus releven dalam Kerajaan madani bagi memastikan kestabilan dan kemakmuran Malaysia.

“Saya menyokong penuh Ucapan Dasar Presiden UMNO ini dan kita sama-sama berdoa UMNO kembali diberi kekuatan dan bangkit semula di persada politik tanahair,” katanya.

Antara kandungan Ucapan Dasar Presiden ialah:

1. UMNO tidak akan berganjak daripada landasan perjuangan parti walaupun seinci untuk memastikan Perlembagaan negara tidak akan di robek oleh mana-mana pihak sama ada dari pihak luar kerajaan mahupun dalam kerajaan.

2. Bahasa Melayu, Bangsa Melayu, Agama Islam dan Raja-Raja Melayu akan terus dipertahankan dalam Negara.

3. Kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bangsa-bangsa lain di Semenanjung Malaysia.

4. Komitmen UMNO untuk terus memperkuatkan Kerajaan Perpaduan demi mesmastikan kestabilan politik dan kemakmuran negara terus terjamin.

5. Komitmen UMNO yang akan menggerakkan jentera parti untuk membantu dan memastikan kemenangan parti-parti dalam kerajaan perpaduan bagi memastikan semua negeri seiring dengan kerajaan pusat.

6. UMNO akan terus Berusaha dan Berdoa untuk Datuk Seri Najib Razak agar diberi keadilan yang secukupnya dan Bussku terus diberi kekuatan menghadapi dugaan & cabaran yang sekarang ini di bilik besi di Penjara Kajang.

7. UMNO akan terus memperjuangkan sekolah-sekolah tahfiz di seluruh negara bagi melahirkan Huffaz-Huffaz profesional di dalam negara. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.