Surat Terbuka: Suara Akar Umbi Untuk Ahli UMNO

ASSALAMU’ALAIKUM para pejuang UMNO.

Saya mendoakan agar anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan bersedia untuk menghadapi gelombang fitnah dan dakyah lawan menjelang pilihan raya enam buah negeri yang akan datang.

Hari ini, propaganda lawan yang beredar di media sosial sedikit sebanyak memberikan kesan kepada kita. Lebih menyedihkan lagi, ada di antara kita yang mencanangkan dan bahkan mempromosikan dakyah propaganda lawan terhadap kita.

Tuan-tuan, izinkan saya mengingatkan kita tentang asal-usul penubuhan UMNO. UMNO tidak lahir dari kebencian terhadap Inggeris, tetapi dari kecintaan terhadap nasib anak bangsa. UMNO tidak lahir dari jalanan, tetapi dari perkarangan Istana yang penuh dengan keagungan dan usaha yang gigih.

Jika UMNO lahir dari kebencian, bagaimana mungkin kita menerima parti Gerakan yang pernah bersama-sama dengan Dap mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969?

Jika UMNO lahir dari kebencian, bagaimana mungkin kita menerima Pas yang pernah mengkafirkan kita dan mengharamkan setiap ibadah yang kita lakukan?

Jika UMNO lahir dari kebencian, bagaimana mungkin kita menjadi pembela nasib rakyat, walaupun rakyat menolak kita ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)?

UMNO lahir dari kasih sayang terhadap nasib bangsa dan sumpah setia kepada raja serta ketaatan kepada agama Islam yang tercinta.

Bagaimana mungkin UMNO ingin melihat negara ini berkecamuk tanpa kerajaan setelah tidak ada pihak yang mampu mendapatkan majoriti setelah PRU-15?

Bagaimana mungkin UMNO ingin melihat rakyat terus menderita setelah ekonomi kita digagalkan oleh tangan rakus Perikatan Nasional (PN)?

Bagaimana mungkin UMNO ingin melihat tidak ada ‘check and balance’ di dalam kerajaan untuk memastikan Islam, Melayu, dan kedaulatan Raja-Raja terpelihara seperti pasca PRU-14?

Keberadaan UMNO dalam kerajaan hari ini sebenarnya jauh lebih baik daripada keberadaan Pas dalam kerajaan Pakatan Rakyat pada tahun 2008. Kerjasama UMNO dengan Pakatan Harapan (PH) adalah lebih baik daripada ketika PPBM menjadi sebahagian dari kerajaan PH selepas PRU-14. Kita tidak boleh melupakan bagaimana PPBM menyepi dalam isu ICERD dan Statut Rom, dan kita terpaksa bertindak sendiri untuk membantah hingga mengundang campurtangan Raja-Raja Melayu.

Kita sama sekali tidak akan lupa bagaimana Pas dan PPBM dengan rakusnya menggunakan Darurat untuk kepentingan mereka sendiri tanpa memikirkan kesan kepada rakyat. Hingga hari ini, negara kita masih belum pulih sepenuhnya daripada kerakusan mereka.

Dan ingatlah, tuan-tuan, Yang di-Pertuan Agong pernah menzahirkan titah dukacita baginda sebanyak tiga kali terhadap kebiadaban menteri-menteri PN dalam masa kurang dari tiga tahun.

Hakikatnya, dengan kehadiran UMNO dalam kerajaan hari ini, Dap dan PKR menjadi lebih berhati-hati. Hingga saat ini, mereka tidak melakukan tindakan yang biadap yang melanggar kesucian Islam dan kedudukan orang Melayu.

Isu yang berkaitan dengan Jill Ireland sebenarnya berhubungan dengan arahan pentadbiran terhadap 3 kulit CD penerbitan Kristian dari Indonesia yang dibawa masuk oleh beliau, dan bukan penerbitan buku atau risalah yang menggunakan perkataan Allah sebagai pengganti God yang boleh digunakan untuk menggugat akidah umat Islam.

Janganlah kita terpedaya dengan propaganda dan dakyah lawan yang ingin merosakkan kekuatan kita. Belajarlah dari kesilapan yang lalu, tuan-tuan.

Kita pernah terpedaya dengan dakyah untuk menolak Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), dan apa yang terjadi kepada kita selepas itu?

Kita pernah terpedaya dengan dakyah untuk menolak Datuk Seri Najib Razak, dan apa yang terjadi kepada kita selepas itu?

Kita pernah terpedaya dengan dakyah untuk menolak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan apa yang terjadi kepada kita pada PRU-15 yang lalu?

Sebelum saya berundur, izinkan saya berkongsi kata-kata dari pengasas UMNO, almarhum Dato’ Onn Jaafar, untuk renungan kita bersama:

“𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘩𝘦𝘯𝘥𝘢𝘬𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘴𝘦𝘬 𝘣𝘪𝘰𝘭𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘨𝘶 𝘨𝘦𝘴𝘦𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘪𝘵𝘢; 𝘫𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘴𝘦𝘬 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘢𝘳𝘪 𝘴𝘢𝘩𝘢𝘫𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘪𝘬𝘶𝘵 𝘭𝘢𝘨𝘶 𝘨𝘦𝘴𝘦𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵.”

Salam Perjuangan,

𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗦𝗛𝗨𝗞𝗥𝗬 𝗕𝗜𝗡 𝗥𝗢𝗦𝗟𝗔𝗡 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘜𝘔𝘕𝘖 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨. 𝘔𝘢𝘯𝘵𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘛𝘦𝘯𝘢𝘨𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘨𝘦𝘳𝘢𝘬 𝘉𝘪𝘳𝘰 𝘛𝘢𝘵𝘢𝘯𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢. 𝘈𝘬𝘵𝘪𝘷𝘪𝘴 𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘣𝘢𝘴 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘭𝘪𝘵𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬, 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘦𝘮𝘣𝘢𝘨𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭𝘪𝘴𝘮𝘦.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit