LANGKAWI, 22 Mei — Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan (tengah) diberi taklimat oleh Pengarah Meteksan Savunma Sanayii A.A, Turkiye, Burak Akbas (tiga, kiri) mengenai model ‘Kapal Peninjau ULAQ’ ketika meninjau Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’23) di Pusat Pameran Antabangsa Mahsuri (MIEC) hari ini.
Pameran LIMA 2023 dijadual berlangsung selama lima hari bermula esok. Lebih 600 syarikat dari 60 negara dijangka mengambil bahagian pada LIMA kali ini berbanding 400 syarikat pada edisi 2019. Foto–MINDEF