Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri

KUALA LUMPUR, 16 Mei — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Agensi 2023, Menara MITI hari ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka kira-kira 11 pagi disambut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Seri Paduka berkenan beramah mesra, bersalaman dan berswafoto dengan warga MITI serta agensi kementerian itu, sebelum berangkat meninggalkan majlis kira-kira 12 tengah hari.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.