JOHOR BAHRU 16 April–Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Masyarakat Negeri Johor. Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Dato’ Ghazi, Exco-Exco Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua UMNO Bahagian, Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri serta ahli-ahli UMNO Negeri Johor di sini hari ini.