KUALA LUMPUR, 12 April — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunaikan solat Maghrib berjemaah selepas baginda berkenan berangkat menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid Khalid Al Walid hari ini.
Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalannya Adly Zahari serta Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Affendi Buang.