MELAKA, 12 April — Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (dua, kanan) menyambut ketibaan pelancong kapal persiaran mewah di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Terminal Feri Antarabangsa Melaka-Dumai di Kota Laksamana di sini.
Seramai 390 pelancong yang menaiki Kapal Persiaran Ms Amadea singgah di Melaka untuk melawat beberapa destinasi pelancongan terkenal di negeri itu khususnya di sekitar Banda Hilir sebelum kapal persiaran dari negara Bahamas itu meneruskan perjalanan ke Pelabuhan Klang.