JOHOR BAHRU, 10 April — Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Hairi Mad Shah (kanan) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng membantu menyediakan pek bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai pada Majlis Program Bubur Lambuk Orang Muda Johor di Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Stulang, hari ini.