Perhimpunan Agung UMNO 2023 Diadakan 7 Hingga 10 Jun

KUALA LUMPUR, 7 April – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 akan diadakan pada 7 hingga 10 Jun 2023.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara tersebut diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang bermesyuarat hari ini di Menara Dato’ Onn di sini.

“MKT UMNO pada hari ini telah menetapkan tarikh PAU bagi tahun 2023 akan diadakan pada 7 hingga 10 Jun 2023,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Terdahulu, PAU 2022 telah berlangsung pada 11 hingga 14 Januari lalu dengan jayanya apabila menyaksikan penganjuran PAU Khas bagi meminda dua Perlembagaan UMNO.

Ianya membabitkan Rang Undang-Undang Akta Anti Lompat Parti dan pertambahan perwakilan secara automatik melibatkan Ketua Penerangan Bahagian UMNO dan tiga sayap peringkat bahagian seluruh negara. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit